Thursday, February 25, 2010

Puisi




~TETAMU SENJA~

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said~

Wednesday, February 24, 2010

Rini

Knowlodge>>

Saturday, February 20, 2010

HABIB AROLAN LEARN SAY



POKOK SERUNAI LAUT



Pokok Serunai Laut

Sumber : Misteri Alam

Pokok Serunai Laut

Serunai laut atau nama botaninya Wedelia Biflora Linn adalah tumbuhan yang banyak tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai, serta di paya di kawasan air pasang surut. Dikenali juga dengan nama Wedelia Tribolata, Yellow Dots dan dikenali dengan nama tempatan iaitu ‘Serenah Laut’, ‘Sarunei’ atau ‘Seremai’. Tumbuhan ini tergolong dalam keluarga Asteraceae dan banyak di dapati di Afrika dan Asia serta di Kepulauan Pasifik.

Serunai laut merupakan pokok renek yang mempunyai banyak cabang dan tumbuh merebak luas. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk bujur telur. Bahagian pinggir daunnya bergerigi kecil atau besar. Bunga serunai laut berwarna kuning dan mempunyai banyak kelopak pada satu cakera. Buahnya tiada rerambut manakala kulit biji mempunyai gabus untuk terapung di atas air.

Pokok Serunai Laut
Seluruh bahagian tumbuhan yang turut dikenali dengan nama seremai ini mengandungi antosianin jenis sianidin glukosid, asid gradiflorik, asid kauradienoik, asid metilkaurenoik, etilkoprostanon, koumarin, stigmastenol dan stigmasterol.

Akar pokok tumbuhan ini adalah stomakik. Stomakik adalah agen yang merangsang aktiviti rembesan di gaster dan digunakan sebagai suatu tonik untuk meningkatkan selera makan.



Daun Serunai Laut

Manakala daunnya adalah diuretik (menambah jumlah air kencing yang dihasilkan denganmenggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal) dan vulnerary (penyembuh luka).

Bunga Serunai Laut
Bunga serunai laut dikatakan mempunyai sifat julap yang sangat kuat. Pokok serunai laut juga dikatakan mempunyai aktiviti antikulat, antitekanan darah tinggi, antimikrob danantiselera makan.

Bahagian pokok serunai laut yang banyak digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah bahagian daun dan akarnya. Daun serunai laut boleh dimakan sebagai sayur atau dicampurkan dalam lauk sebagai bahan perisa. Selain dimakan, serunai laut juga dikatakan mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Daun serunai laut jika ditumbuk lumat diaktakan boleh dibuatubat pupuk untuk merawat kulit yang telah bertukar warna, bisul, bengkak, demam panas, gatal, gigitan serangga, luka, sakit pada badan dan sakit kepala. Daun ini juga dikatakan boleh ditampal pada gigi dan gusi yang sakit, urat darah yang sudah menjadi besar dan dijadikan sebagai ubat pupuk pada ibu selepas bersalin.

Rangsang aktiviti usus

Jika daunnya ditumbuk lumat dan kemudian cecair daripada daun itu diperah, dikatakan cecair ini boleh digunakan sebagai ubat bagi merawat penyakit kelamin, sembelit yang teruk dan juga digunakan sebagai ubat ibu selepas bersalin. Namun begitu, sebelum menggunakannya, ia perlu dicampurkan dengan susu lembu terlebih dahulu.

Selain itu, daun serunai laut juga dikatakan boleh direbus. Air rebusan ini kemudiannya dikatakan boleh diminum dan digunakan bagi merawat masalah kencing berdarah, demam malaria, demam panas, sakit kelamin, batu karang, masalah cecair keluar dari faraj, merangsang haid, serta melawaskan pembuangan air kecil.



Bunga Serunai Laut atau Yellow Dots

Di Trinidad dan Tobago, daunnya dikatakan dijadikan ubat tradisional bagi merawat masalah reproduktif dan amenorrhea. Di Amerika Selatan, daunnya dijadikan ubat tradisional bagimerawat masalah demam dan selesema.

Daun serunai laut jika dimakan mentah boleh dijadikan sebagai ubat bagi melawaskan pembuangan air kecil. Daun serunai laut yang direbus dengan halia dikatakan mampu dijadikanubat bagi menghilangkan kekembungan perut.

Akar serunai laut bersifat pencahar dan jika direbus dan diminum boleh merangsang aktiviti usus dan mengosongkan usus. Jika daun dan akar serunai laut direbus bersama, dikatakan air rebusan ini boleh diminum bagi merawat sakit perut dan usus.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan daun dan akar pokok serunai laut, namun bagitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan.

Thursday, February 18, 2010

Wednesday, February 10, 2010


Ni anak yang pertame Habib Arijan.
gambar ni masa dia berumur 4 bulan.













Ni Gambar terbaru Habib Arijan dengan adiknya Habib Arolan......
post baik punya........














Ni Habib Arolan anak yang ke dua.
masa ni umur dia 3 bulan. cute takkkk.....
ade le skitttt...
peeee sedap uuuu tidu, kkkkkkk

Thursday, February 4, 2010

Baby dance



Hope u all enjoy