Thursday, February 25, 2010

Puisi




~TETAMU SENJA~

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said~

Wednesday, February 24, 2010

Rini

Knowlodge>>

Saturday, February 20, 2010

HABIB AROLAN LEARN SAY



POKOK SERUNAI LAUT



Pokok Serunai Laut

Sumber : Misteri Alam

Pokok Serunai Laut

Serunai laut atau nama botaninya Wedelia Biflora Linn adalah tumbuhan yang banyak tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai, serta di paya di kawasan air pasang surut. Dikenali juga dengan nama Wedelia Tribolata, Yellow Dots dan dikenali dengan nama tempatan iaitu ‘Serenah Laut’, ‘Sarunei’ atau ‘Seremai’. Tumbuhan ini tergolong dalam keluarga Asteraceae dan banyak di dapati di Afrika dan Asia serta di Kepulauan Pasifik.

Serunai laut merupakan pokok renek yang mempunyai banyak cabang dan tumbuh merebak luas. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk bujur telur. Bahagian pinggir daunnya bergerigi kecil atau besar. Bunga serunai laut berwarna kuning dan mempunyai banyak kelopak pada satu cakera. Buahnya tiada rerambut manakala kulit biji mempunyai gabus untuk terapung di atas air.

Pokok Serunai Laut
Seluruh bahagian tumbuhan yang turut dikenali dengan nama seremai ini mengandungi antosianin jenis sianidin glukosid, asid gradiflorik, asid kauradienoik, asid metilkaurenoik, etilkoprostanon, koumarin, stigmastenol dan stigmasterol.

Akar pokok tumbuhan ini adalah stomakik. Stomakik adalah agen yang merangsang aktiviti rembesan di gaster dan digunakan sebagai suatu tonik untuk meningkatkan selera makan.



Daun Serunai Laut

Manakala daunnya adalah diuretik (menambah jumlah air kencing yang dihasilkan denganmenggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal) dan vulnerary (penyembuh luka).

Bunga Serunai Laut
Bunga serunai laut dikatakan mempunyai sifat julap yang sangat kuat. Pokok serunai laut juga dikatakan mempunyai aktiviti antikulat, antitekanan darah tinggi, antimikrob danantiselera makan.

Bahagian pokok serunai laut yang banyak digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah bahagian daun dan akarnya. Daun serunai laut boleh dimakan sebagai sayur atau dicampurkan dalam lauk sebagai bahan perisa. Selain dimakan, serunai laut juga dikatakan mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Daun serunai laut jika ditumbuk lumat diaktakan boleh dibuatubat pupuk untuk merawat kulit yang telah bertukar warna, bisul, bengkak, demam panas, gatal, gigitan serangga, luka, sakit pada badan dan sakit kepala. Daun ini juga dikatakan boleh ditampal pada gigi dan gusi yang sakit, urat darah yang sudah menjadi besar dan dijadikan sebagai ubat pupuk pada ibu selepas bersalin.

Rangsang aktiviti usus

Jika daunnya ditumbuk lumat dan kemudian cecair daripada daun itu diperah, dikatakan cecair ini boleh digunakan sebagai ubat bagi merawat penyakit kelamin, sembelit yang teruk dan juga digunakan sebagai ubat ibu selepas bersalin. Namun begitu, sebelum menggunakannya, ia perlu dicampurkan dengan susu lembu terlebih dahulu.

Selain itu, daun serunai laut juga dikatakan boleh direbus. Air rebusan ini kemudiannya dikatakan boleh diminum dan digunakan bagi merawat masalah kencing berdarah, demam malaria, demam panas, sakit kelamin, batu karang, masalah cecair keluar dari faraj, merangsang haid, serta melawaskan pembuangan air kecil.



Bunga Serunai Laut atau Yellow Dots

Di Trinidad dan Tobago, daunnya dikatakan dijadikan ubat tradisional bagi merawat masalah reproduktif dan amenorrhea. Di Amerika Selatan, daunnya dijadikan ubat tradisional bagimerawat masalah demam dan selesema.

Daun serunai laut jika dimakan mentah boleh dijadikan sebagai ubat bagi melawaskan pembuangan air kecil. Daun serunai laut yang direbus dengan halia dikatakan mampu dijadikanubat bagi menghilangkan kekembungan perut.

Akar serunai laut bersifat pencahar dan jika direbus dan diminum boleh merangsang aktiviti usus dan mengosongkan usus. Jika daun dan akar serunai laut direbus bersama, dikatakan air rebusan ini boleh diminum bagi merawat sakit perut dan usus.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan daun dan akar pokok serunai laut, namun bagitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan.

Thursday, February 18, 2010

Wednesday, February 10, 2010


Ni anak yang pertame Habib Arijan.
gambar ni masa dia berumur 4 bulan.













Ni Gambar terbaru Habib Arijan dengan adiknya Habib Arolan......
post baik punya........














Ni Habib Arolan anak yang ke dua.
masa ni umur dia 3 bulan. cute takkkk.....
ade le skitttt...
peeee sedap uuuu tidu, kkkkkkk

Thursday, February 4, 2010

Baby dance



Hope u all enjoy



FAMILY PICTURE

kOLEKSI TAHUN 2008-2009

HARIMAU



Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dariAsia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 ka) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan danTimur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

Wednesday, February 3, 2010

HABIB

nama Habib (bahasa Arab: حَبيبْ‎; orang yang dikasihi) di kalangan orang Arab-Indonesia dan juga Malaysia digunakan sebagai panggilan/gelaran khusus terhadap keturunan Nabi Muhammad melalui Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Thalib. Habib yang datang ke Indonesia majoritinya adalah keturunan saidina Hussein bin Ali. Diperkirakan di Indonesia terdapat sebanyak 1.2 juta orang yang masih hidup yang berhak menyandang sebutan ini.[perlu rujukan] Di Indonesia, habib semuanya memiliki moyang yang berasal dari Yaman, khususnya Hadramaut.[1] Berdasarkan catatan pertubuhan yang melakukan pencatatan salasilah para habib ini, Ar-Rabithah,[2] ada sekitar 20 juta orang di seluruh dunia yang dapat menyandang gelar ini (disebut muhibbin) dari 114 marga. Hanya keturunan laki-laki saja yang berhak menyandang gelar habib.

Dalam perkembangannya, khususnya di kalangan masyarakat muslim Indonesia, gelar ini tidak hanya disandang oleh para da'i dari Yaman saja, kerana warga telah memuliakan mereka sebagai pemimpin mereka tanpa melihat asal-usul keturunan dengan alasan seorang menjadi alim tidak diakibatkan oleh asal keturunannya. Selain itu terjadi pula pelanggaran terhadap aturan, dengan menarik garis keturunan secara matrilineal (keturunan dari perempuan juga diberi hak menyandang "habib") walaupun akhirnya pernyataan ini hanyalah sebuah fitnah dari kaum orientalis untuk menghilangkan rasa hormat masyarakat Indonesia terhadap kaum kerabat Nabi Muhammad.[perlu rujukan]

Para habib sangat dihormati pada masyarakat muslim Indonesia kerana dianggap sebagai tali pengetahuan yang murni, karena garis keturunannya yang langsung dari Nabi Muhammad. Penghormatan ini sangat membuat gusar para kelompok anti-sunnah yang mengkait-kaitkan hal ini dengan bid'ah. Para Habaib (jamak dari Habib) di Indonesia sangatlah banyak memberikan pencerahan dan pengetahuan akan agama Islam. Gelar lain untuk habib adalah Sayyid, Syed, Sidi (Sayyidi), Wan dan bagi golongan ningrat (kerajaan) disebut Syarif/Syarifah. Para habib terdapat pada golongan (firqoh) Sunni mahupun Syiah seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini.Kelak di akhir zaman, Imam Mahdi akan muncul dari keturunan Nabi Muhammad sendiri (habib).

Kerja Link


Komputer Link

Tuesday, February 2, 2010

Memory Wedding


Hai u all
semoga semua sihat-sihat sokmo.....
ini gambar masa aku khawin 2 tahun lepas, masa tu bersanding kat Sabah. Lagak macam hulu Balang malaya tu.... ade lah sikit-siket he he.
Tema masa tu adalah pakaian orang suku kaum khadazan, nak tak nak terpaksa le ikut ape yang di wartakan.Mula-mula tu jangal juga le nak pakai, al maklum le sepanjang ku bernafas
di muka bumi ini
tak pernah ku sentuh walaupun sesaat, walau pun hakikatnya aku ber asal dari Sabah di bawah Bayu..
jangal beb...... tapi not bed, nampak hendsome tu, macam pahlawan Sabah.
Saat ni le membuatkan seluruh alam bersatuh memancarkan surian menusuk kalbu.
bahagianya......






Time ni acara berpesta bermula jam 8.30pm sampai 5.00am.Terkejut angpa....
masa bersanding tu, bukan lan dengan isteri saje, abg lan pun bersanding sekali untuk meriakan lagi suasan yang penuh harmoni.
jarak akat nikah lan dengan abg 3 bulan je, kalau tak silap abg Sept 2007 and lan pula Dec 2007.
Meriah sungguh masa tu, tak terucap dengan lidah hanya senyuman bertalih arus.
Keluarga tempah kek 4 tingkat tu....... yameee
ni adalah pakaian rasmi seluruh warga Sabah
bersanding sebelah malam....
untuk pengatahuan ada semua selepas saje pengantin memotong kek, acara yang di tunggu-tunggu oleh pemuda pemudi adalah menari sambil berjoget dengan di iringi live band....
seronok le masa tu. Pengantin tak terkecuali skali layannnnnnnnnnnn
mereka pun menari bersama.Kalau ade masa nanti lan akan attach video pengantin dengan
para tetamu bernari dan berjoget.Lebih kurang cerita zaman P.Ramlee tu, tak caya tgguuuu.
arious.............