Monday, December 13, 2010





Oleh Roha Haasan

Kecantikan adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua insan. Kecantikan mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada individu.

Helen Gurley Brown, dalam bukunya bertajuk “Action For Success” mengungkapkan kecantikan sebagai, “Beauty can’t amuse you, but brainwork- reading, writing, thinking - can”.

Bagi seorang gadis remaja, kecantikan ialah ‘tubuh langsing, kulit putih gebu dan senyuman menawan’ manakala remaja lelaki pula melihat kecantikan dalam bentuk ‘tubuh gagah dan sasa’.

Dalam mengungkapkan sifat Allah terhadap kecantikan dan keindahan, Rasulullah, bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu Maha indah dan menyukai keindahan.” (Riwayat Muslim dan Tirmidzi).

Apa pun pandangan kita, kecantikan tetap memiliki tempat dan kepentingan tersendiri, lebih-lebih lagi untuk remaja.

Berikut beberapa panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi “insan cantik”:-

Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan

Pada usia muda, seorang remaja harus memiliki wawasan hidup. Anda mesti tahu arah dan matlamat yang ingin dicapai.

Tahu membezakan di antara yang baik dan buruk

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula orang yang menyeleweng dari kebenaran. Barang siapa yang taat maka mereka itu benar-benar sudah memilih jalan yang lurus, adapun orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam.” (Surah Al-Jin:14-15)

Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat

Seorang remaja mesti sayangkan diri sendiri, sayangkan ibu bapa serta mengasihi setiap ahli keluarga. Mereka berusaha mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menyayangi jiran dan ahli masyarakat. Mereka tidak derhaka terhadap ibu bapa dan keluarga atau menyakiti jiran dan masyarakat.

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.”

Berilmu pengetahuan dan bermaklumat

Seorang remaja mesti mendapatkan sebanyak mungkin ilmu secara formal atau tidak formal. Ilmu akademik penting untuk masa depan kehidupan. Ilmu kerohanian untuk mencantikkan jiwa dan dalaman manakala ilmu pengurusan bagi mengurus diri.

Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda

Kesihatan fizikal mesti dipelihara dengan memberikan hak sepatutnya kepada tubuh. Lakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat. Elakkan daripada mengambil sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan dan minda seperti rokok, arak dan dadah.

Tubuh adalah amanah Allah. Untuk menyihatkan jiwa, amalkanlah zikrullah dan tingkatkan ibadat yang ditetapkan sebagai hamba Allah. Fizikal, jiwa dan minda yang sihat akan menyerlahkan kecantikan seseorang remaja.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, yang berkata, Rasulullah, bersabda, maksudnya: “Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang.”

Menghormati diri dan orang lain

Hormatilah diri anda. Seseorang remaja mesti tahu menghormati diri dengan menjauhi tingkah laku yang boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya. Jauhi kegiatan dan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri.

Hormatilah guru yang mendidik anda, rakan dalam pergaulan, warga emas, orang yang lebih tua dan mereka yang kurang bernasib baik, tanpa mengira bangsa dan agama. Abdullah Ibnu Umar, meriwayatkan bahawa seseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: “Islam bagaimanakah yang paling baik?” Nabi menjawab: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau yang tidak kamu kenal”

Berlaku adil

Keadilan adalah salah satu ‘kecantikan’ yang mesti diamalkan oleh remaja. Ia merangkumi kehidupan harian. Seseorang remaja harus berlaku adil dalam pergaulan dan semasa membuat pertimbangan. Remaja yang adil dapat membezakan di antara yang baik dan buruk dengan jelas. Mereka dapat menunaikan hak diri dan makhluk lain dengan tepat.

Menjauhi maksiat

Remaja cantik mesti menjauhkan diri daripada maksiat. Mereka takut kepada firman Allah, yang bermaksud: “Sudah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah Ar-Rum: 41).

Faham hak dan tanggungjawab sebagai rakyat

Sebagai remaja cantik, anda mestilah tahu keadaan semasa tanah air. Remaja mesti mengetahui sejarah kemerdekaan tanah airnya. Anda mestilah mensyukuri nikmat kemerdekaan dan tahu hak sebagai rakyat.

Mesra alam

Alam semesta ciptaan Allah tidak saja didiami oleh manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan. Seseorang remaja yang menunaikan hak dengan memelihara alam dan menyayangi haiwan adalah remaja berakhlak mulia. Amalan ini akan diberikan ganjaran setimpal oleh Allah.

Prihatin dengan masalah sejagat.

Remaja yang cantik akhlaknya berusaha mempelajari apa yang berlaku di luar negara untuk dijadikan iktibar. Sebagai remaja, kita mesti menunjukkan keprihatinan dengan pergolakan yang sedang menimpa umat Islam di seluruh dunia.

PENULIS adalah pengurus kelab remaja JIM dan Beliau boleh dihubungi untuk pertanyaan melalui e-mel wanitajim0@yahoo.com

Sunday, December 12, 2010

Membentuk Kepimpinan Anak Sulung




Assalammualaikum w.b.t.

Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.

Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini.

Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan berkekalan.

1. Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suarni memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.

2. Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contoh dalam ibadah, akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya.

la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.

3. Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.

4. Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan "amukan" ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam mindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.

5. Akhir sekali, ibu dan ayah janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak sulung.

Wassalam

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”





Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.